JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, August 6, 2009

2010 : SEKOLAH PEDALAMAN SARAWAK ADA INTERNET ?


Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tidak sepatutnya dilihat terlalu elitis sebaliknya perlu dimanfaatkan dalam kehidupan harian segenap lapisan masyarakat sama ada di bandar dan luar bandar.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, sehubungan itu, kerajaan negeri akan berusaha memastikan sekolah-sekolah di luar bandar dilengkapi kemudahan jalur lebar tahun depan.

Beliau berkata, usaha itu juga memastikan sasaran bahawa negeri ini mampu mencapai 50 peratus penggunaan jalur lebar bagi setiap isi rumah, tercapai.

"Ketika ini sasaran yang dicapai hanya 17 peratus jika dibandingkan 25 peratus di peringkat nasional,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Mengenai Kandungan Pengetahuan Dalam Sektor-Sektor Ekonomi Utama Malaysia Fasa II di sini hari ini.

Dalam hubungan ini katanya, kemudahan jalur lebar memang sudah ada di Sarawak bagaimanapun untuk mencapai hasrat tersebut, memerlukan kesungguhan pelbagai pihak termasuk pelajar di kawasan luar bandar.

"Kita masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan tahap penggunaan jalur lebar di Semenanjung," katanya.

Abdul Taib berkata, kerajaan negeri juga berhasrat mengurangkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar bagi mencapai status negeri maju.

utusan

No comments: