JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, August 2, 2009

UNGKAPAN TEGAS AZMIN ALI - SELESAIKAN KEMELUT KEADILAN SABAH

"Saya betul betul nak tanya anda semua, ada kah anda betul betul mahu berjuang dalam PKR dan anda semua mahu PKR Sabah menang dalam PRU13 dan memerintah negeri Sabah?" tanya Naib Presiden PKR, Azmi Ali kepada para hadirin.

"Kalau niat ahli-ahli PKR nak memerintah Sabah, saya dengan rendah diri merayu kepada semua. Ahli-ahli PKR dan para pemimpin PKR Negeri Sabah supaya bersedia mengenepikan perasaan berpuak-puak sejajar dengan hasrat dan perjuangan PKR dalam sebuah parti politik yang berasaskan fahaman politik multi-racial."

Demikian kata Azmin Ali dalam ucapan perasmiannya di Kursus Pengukuhan Parti Keadilan Sabah di seluruh Pantai Barat Kota Kinabalu pada 1hb, Ogos bertempat di Idaman Villa Resort pagi tadi.

Kata Azmin Ali, "Kunci kemenangan sesebuah parti politik di mana-mana negara jua adalah perpaduan dan kesefahaman kaum, tidak kira apa suku sekalipun. Musuh politik kita, meniup dan mengipas perasaan perkauman, kesukuan dan berpuak puak dikalangan ahli-ahli PKR, yang untung dari perpecahan kita itu adalah UMNO/BN."

"Saya pernah menjadi Pengerusi PKR Perhubungan Negeri Selangor satu ketika dulu, bila ada rombakan Tan Sri Khaled Ibrahim pula dilantik oleh Majlis Tertinggi sebagai Pengerusi PKR Perhubungan Negeri Selangor. Saya tidak tersinggung, saya tidak berkecil hati malah saya terus berkerja dengan gigih untuk PKR. Saya faham tujuan pertukaran itu demi mengutuhkan parti, " jelas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah, Azmin Ali yang baru dilantik seraya memberi nasihat.

Sambung Azmi lagi, semua ahli dan para pemimpin PKR Sabah mesti bersedia untuk berubah, bersedia menerima perubahan. Bersedia menerima semua bangsa, semua puak dan semua fahaman agamanya dalam satu parti PKR. Bersedia menganggap semua suku kaum dan semua kefahaman agama masing masing sebagai saudara kita, sebagai abang adik dalam satu perjuangan politik PKR yang bercorak multi-racial di Sabah khasnya dan di Malaysia, amnya.

"Saya bercakap sebagai saudara kamu di sini, marilah kita berbincang untuk memajukan PKR Sabah dengan perasaan persaudaraan. Perpaduan persaudaraan di kalangan PKR seluruh Malaysia, sangat sangat ditakuti oleh UMNO, kerana itu hasrat para pemimpin UMNO untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan, UMNO takut dengan ikatan perpaduan dalam keluarga Pakatan Rakyat sangat erat dan mesra tidak dapat digugat dan diruntuhkan oleh para pemimpin UMNO. Mereka cemburu dengan perpaduan Pakatan Rakyat selama ini."

Turut memberi ceramah ialah Tuan Haji Ansari Abdullah, bekas Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah. Turut hadir dalam perasmian Kursus Pengukuhan PKR Sabah ialah Datuk John Ghani (bekas calon Bebas Kuala Penyu Sabah yang pernah menang PRU tahun 2004 mengalahkan calon BN) Datuk James Ghani bekas Pengerusi PKR Negeri Sabah dan Halik Zaman bekas Ketua Bahagian PKR Sepangga Kota Kinabalu.

Oleh: HALIK ZAMAN

No comments: