JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, August 25, 2009

JUTAWAN KEDAH DALANG LOMPAT PARTI ?

JUTAWAN yang disebutkan sebagai menjadi pemudahcara yang mendorong keluarnya Adun Lunas, Mohd Radzi Salleh daripada PKR seharusnya membuat penafian jika beliau tidak terlibat dengan kejadian melobi Adun Pas dan PKR meninggalkan parti masing-masing.

Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Zainuddin Hassan (gambar) menghubungi sabahkini dari Permatang Pasir, Pulau Pinang untuk mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas Sabah, Lahirul Latigu yang mendakwa seorang Jutawan dari Sandakan sabah menjadi dalang sebenar yang mempengaruhi agar Adun Lunas meninggalkan PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai Adun Bebas.

“Saya kenal siapa jutawan yang dimaksudkan Lahirul iaitu Effendi. Beliau memang kaya kerana memiliki perniagaan di Malaysia dan juga luar Negara. Beliau pernah menjadi orang kuat Anwar dan kini cari makan bersama Shafie Apdal. Hanya dia yang rapat dengan Shafie. Saya kutuk keras jika beliau yang dimaksudkan Lahirul atau terlibat dalam urusan memancing keluar Adun Lunas,” ujar Zainuddin yang mendesak agar pihak yang terlibat menghentikan kegiatan mereka.

Zainuddin juga mendesak agar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan tidak pilih kasih dengan menjalankan pemantauan terhadap pergerakan Effendi yang memiliki rangkaian Restoran Makanan Segera dan juga Pusat Ternakan Akuakultur yang didakwa terlibat dengan kegiatan memancing keluar Adun PKR dan Pas meninggalkan parti masing-masing.

“Dulu SPRM macam orang gila talak memantau kami sedangkan yang terhegeh-hegah mau jumpa Datuk Seri Anwar ialah pemimpin BN yang mahu melompat parti. Kini saya kenalpasti ada seorang Taukey Cina yang mendapat konsesi penyelanggaraan Jalan yang menjadi tulang belakang Effendi,” ujar Zainuddian yang enggan menamakan individu terbabit namun kesal dengan perkembangan terbaru di Kedah yang disifatkan sebagai tidak demokratik dan tidak bermoral.

Oleh: HAFIZ JAMAIL

1 comment:

Anonymous said...

Salam Ramadan
Zainuddin ini dari hujung rambutnya sampai hujung kakinya diselaputi kerja memfitnah selepas itu dia suruh orang membuat penafian.

Barangkali Zainuddin memang gemar memakan bangkai saudaranya.

Atas dasar ini dia menjatuhkan maruah PKR dan menyebabkan PKR Sabah lebih lemah dari "bebas".