JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, June 14, 2009

SPEAKER PUJI MP PAKATAN, MP BN TERSIKSA ?

KUCHING: Perasaan beberapa Ahli Parlimen dari Sarawak terguris berikutan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan mereka sekadar berdiam diri ketika hadir ke Persidangan Dewan Rakyat.

Antara yang kecewa de-ngan kenyataan itu ialah Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri.

Nancy berkata, tindakan Wan Junaidi itu mungkin mendatangkan persepsi negatif di kalangan orang ramai, terutama penduduk dari kawasan yang diwakili mereka.

“Kami (Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak) akan membincangkan bentuk tindakan yang akan diambil.

“Kami tidak akan berdiam diri. Anda akan tahu apa yang bakal berlaku selepas ini,” katanya kepada pemberita dalam majlis mengenai ke-cantikan di sini, semalam.

Menurut Nancy, Wan Junaidi dalam kenyataan yang disiarkan akhbar pada Jumaat lepas, seolah-olah memberi pujian kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen daripada parti pembangkang.

“Kami wakil rakyat dari-pada Barisan Nasional (BN) juga melaksanakan peranan seperti yang sepatutnya,” ujarnya yang enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai perjumpaan para Ahli Parlimen itu kelak.

Tarikh perbincangan masih belum diputuskan lagi kerana mereka cuba mencari masa yang sesuai untuk mempertemukan Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak.

Ditemui pemberita selepas satu majlis pada Khamis le-pas, Wan Junaidi (BERSONGKOK) berkata peranan Ahli Parlimen bukan sekadar menghadiri persidangan untuk memenuhi kerusi dewan tetapi turut serta dalam memberi pandangan untuk kepentingan rakyat.

“Ahli Parlimen dari Sarawak kurang lantang dan agresif dalam persidangan berbanding Ahli Parlimen dari Semenanjung Malaysia dan Sabah.

“Selaku wakil rakyat anda seharusnya turut serta dalam membincangkan perkara-perkara yang dibangkitkan dalam Dewan. Kalau hanya duduk dan mendengar buat apa?,” kata Wan Junaidi dipetik sebagai berkata dalam laporan sebelum ini.

Dalam nada mempertahankan diri, Nancy berkata lagi, beliau tidak pernah ketinggalan berucap dalam Persidangan Dewan Rakyat.

Menurut beliau, orang ramai mungkin percaya dengan kenyataan Wan Junaidi memandangkan ucapan atau perbahasan mereka tidak disiarkan dalam televisyen atau dilaporkan dalam akhbar.

Suara Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak ketika berucap menurut beliau mungkin tidak selantang dan seagresif seperti rakan-rakan dari Sabah.

Ini memungkin kehadiran mereka dalam Dewan kurang disedari dan tidak menarik perhatian media.

“Kami ada cara tersendiri dan tidak perlu terikut-ikut dengan gaya Ahli-ahli Parlimen dari Sabah.

“Dengan cara tersendiri (tidak lantang dan agresif) intipati perkara yang hendak disampaikan masih juga dapat didengar,” katanya.

Masalah penduduk di kawasan yang diwakili mereka katanya tidak pernah diabaikan pada Persidangan Dewan Rakyat.

Malah beliau mengakui kehadiran utama mereka di Dewan Rakyat adalah untuk me-nyuarakan masalah rakyat agar sampai ke perhatian kera-jaan dan seterusnya tindakan selanjutnya dilaksanakan.

“Setahu saya penduduk di kawasan yang saya wakili mendapat peruntukan tambahan. Saya gembira (dengan peranan yang dilaksanakan demi penduduk),” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata beliau tidak se-lesa apabila Wan Junaidi muncul dengan kenyataan sedemikian.

“Kami (Ahli Parlimen dari Sarawak) juga terbabit dalam perbahasan dan ada kala mencelah terutama apabila per-bincangan menyentuh mengenai Sarawak.

“Tetapi jika peluang untuk berbahas tidak ada bagaimana hendak berucap dalam persidangan. Ahli Parlimen yang hadir dalam persidangan bukan sedikit tetapi lebih 100 orang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengenai liputan media, beliau berkata lazimnya wartawan lebih tertarik dengan isu-isu hangat seperti kritikan terhadap kerajaan.

Media menurut beliau kurang tertarik, jika sekadar menyentuh isu pembangunan yang diperlukan sesebuah kawasan.

“Memang kadang-kadang ada berita mengenai pembangunan yang dibawa saya ke Parlimen disiar dalam akhbar,” jelas beliau.

Sependapat dengan Nancy, beliau berkata Ahli Parlimen dari Sarawak tidak perlu terikut-ikut dengan Ahli Parlimen dari Sabah yang begitu lantang dan agresif.

“Kita tidak dapat mengikut tempo seperti yang digunakan oleh mereka dari Sabah. Kita yakin dengan diri sendiri dalam meluahkan permasalahan rakyat,” katanya.

Mengenai rancangan Nancy untuk mengambil tindakan terhadap Wan Junaidi, beliau berkata beliau enggan memanjangkan isu berkenaan.

“Saya lebih gemar melihat perkara ini dari perspektif yang positif iaitu sebagai proses untuk memperbaiki diri dan kehadiran saya dalam Parlimen,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata kenyataan itu mungkin boleh disalah tafsir oleh orang ramai.

Malah lebih buruk lagi jika pembangkang sengaja membesar-besarkan isu berkenaan untuk meraih sokongan politik terutama menjelang pilihan raya kelak.

“Apa yang lebih merisaukan ialah apabila orang ramai menganggap kami sebagai wakil rakyat BN tidak menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh para pengundi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, beliau belum dimaklumkan mengenai pertemuan para Ahli Parlimen dari Sarawak seperti yang dirancang Nancy.

borneopost

No comments: