Dulu cuma ada Perhubungan Negeri dan Bahagian PKR tanpa ada Cawangan PKR. Perlembagaan tersebut ditukar Bahagian menjadi Cabang dan Cawangan pula menjadi Ranting PKR. Secara asasnya tidak ada perubahan besar. Perubahan cuma nama sahaja, seperti mula mula PKR ditubuh.
Pernah saya terbaca draf perubahan perlembagaan, sewaktu saya masih lagi jadi Ketua Bahagian PKR Sepanggar dulu. Dalam draf perlembagaan baru, Pengerusi Perhubungan Negeri akan dipilih oleh Ketua Ketua Cabang PKR. Bukan lagi dipilih oleh Presiden seperti dalam perlembagaan lama dianggap sudah tidak demokratik. Ini kira secara dasar, tidak diambil kira secara asas dan hakikat.
Memang baik dan demokratik, kalau Ketua Ketua Cabang, diberi kuasa untuk pemilih Pengerusi Perhubungan Negeri mereka sendiri. Kalau difikir secara rambang, tentunya cara demikian mewakili pemilihan demokrasi.
Tapi, kalau dipilih dari kerusi “kesukuan” di Sabah dan Sarawak, ia tentu lah rumit dan membimbangkan untuk kemenangan PKR dalam PRU13 nanti di Sabah dan Sarawak.
Misalnya di Sarawak, kalau Pengerusi Perhubungan Negerinya, Ketua-Ketua Cabang, memilih Pengerusi, terdiri dari kesukuan ‘minoriti,’ dari suku Islam umpamanya menoriti di sana. Yang nyata ‘majoriti’ kerusi DUN dan Parlimen adalah dari suku yang bukan Islam.
Kalau ikut secara demokrasi, sesiapa sahaja yang boleh melobi di kalangan Ketua Ketua PKR Cabang ‘mempengaruhi Ketua-Ketua Cabang misalnya’, maka ia dengan senang boleh menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah. Ia memang baik pada dasarnya. Tapi buruk pada akibatnya semasa PRU13 yang akan datang nanti.
Bukan semua pengundi pengundi Muslim mempunyai perasaan keterbukaan dan menerima hakikatnya berdasarkan budaya sistem multiracial PKR. Ini perlu diambil kira dan Anwar tentunya tidak setuju dengan pendapat ini.
Para Pemimpin Tertinggi PKR, mestilah ada ‘flexibiliti’nya terhadap pengundi-pengundi yang ‘kesukuannya majoriti kerusi dalam DUN dan Parlimen’ di Sabah. Kalau tidak diambil kira, banyaknya pengundi kesukuan, ia dapat diterjemahkan sebagai tidak demokratik juga kerana, Ketua-Ketua Cabang di Sabah biasanya, senang dilobi tanpa ambil kira pengundi-pengundi akar umbi Muslim.
Perasaan pengundi-pengundi Muslim di Sabah yang masih taksub itu, perlu diambil kira. Tidak seperti pengundi-pengundi Semenanjung yang sudah ‘bertamaddun’ pemikiran mereka. Kita tidak boleh jadikan kayu pengukur keranal Ketua Menteri Sarawak, UMNO gunakan kuasa dengan apa cara sekalipun, sebagai ‘kayu pemukul’.
Walaupun ‘minoriti’ pengundi Muslim, boleh jadi Ketua Menteri Sarawak. Jangan sekali ikut cara Semenanjung, Semenanjung lain, Sabah lain dan Sarawak lain.
Di Sabah, kalau ikut suara Ketua-Ketua Cabang, sememangnya Datuk Dr.Jeffrey Kitingan pasti jadi pilihan yang baik. Saya juga suka Datuk Dr.Jeffrey, kerana beliau saya anggap calon Pengerusi Perhubungan Negeri yang baik daripada yang terbaik.
Masalahnya nanti PRU13, Pengerusi Perhubungan Negeri akan menjadi cermin kepada pengundi-pengundi Muslim yang masih lagi ada perasaan taksub dan sensitif pasal agama.
Suara grassroot pengundi pengundi di Sabah, lebih demokratik dari suara Ketua-Ketua Cabang dan Ketua-Ketua Ranting PKR di Sabah.
Kita sangat arif dengan pendirian Anwar, terhadap fahaman multirasialnya yang terlalu kental, pendapat ini pastinya tidak disenangi oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tapi hakikatnya yang perlu diambil kira dari pengundi-pengundi Muslim, mesti ada tempatnya.
Di dalam Pakatan Rakyat pula, bila sampai PRU13 di Sabah nanti, PAS akan timbulkan satu lagi isu di kawasan yang ramai pengundi Muslim, PAS akan minta calonnya berdiri di situ. Alasan PAS, partinya mewakili pengundi pengundi Muslim di Sabah, ini adalah hakikat.
Sementara PKR, Pengerusi Perhubungan Negerinya bukan Muslim, sedang kerusi DUN dan Parlimen majoriti dimiliki oleh Wakil Rakyat UMNO Muslim. Walaupun suku Kadazan/Dusun/Murut dan Cina bergabung, kerusi DUN dan Parlimen Muslim masih banyak dan majoritI.
OLEH: HALIK ZAMAN
No comments:
Post a Comment