JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, June 15, 2009

GADAI NYAWA WALAU 1000 NAUTIKA


MIRI: Nelayan asing dari Vietnam dan China sanggup menggadai nyawa meredah ombak besar di Laut China Selatan lebih dua minggu untuk menangkap ikan di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) perairan Beting Petinggi Ali, kira-kira 100 batu nautika dari Kuala Miri.

Ketua Maritim Malaysia Miri, Kapten Ismaili Pit, berkata mereka juga memperjudikan nasib kemungkinan kehilangan bot dan peralatan memukat atau memancing, jika ditahan.

Katanya, ia berbeza dengan sikap nelayan tempatan yang sehingga kini belum bersedia menangkap ikan di kawasan jauh walaupun ia kaya dengan pelbagai ikan gred A dan bersaiz besar.

"Jarak kawasan perairan Beting Petinggi Ali dikenal pasti kaya dengan pelbagai ikan gred A. Jika nelayan asing sanggup mengambil risiko, nelayan tempatan sepatutnya sanggup berbuat demikian," katanya kepada Berita Harian semalam.

Kawasan perairan Beting Petinggi Ali mempunyai keluasan kira-kira 1,000 kilometer persegi dan mempunyai banyak batu karang yang popular di kalangan pemancing tempatan.

Ismaili berkata, ketika rondaan dua hari lalu dan menangkap lapan nelayan asing dari Vietnam, hanya sebuah bot nelayan tempatan dilihat menangkap ikan di situ.

Beliau berkata, dalam tempoh beberapa hari di kawasan itu, bot nelayan tempatan mendapat hasil tangkapan yang banyak.

"Saya hairan kenapa nelayan tempatan tidak mahu menangkap ikan di kawasan berkenaan sedangkan ia kaya dengan ikan dari spesies mahal seperti kerisi, kerapu, ikan merah dan jenahak yang mendapat permintaan tinggi," katanya.

Di samping itu, beliau berkata, pihaknya akan terus meningkatkan pengawasan di kawasan berkenaan untuk menyekat pencerobohan nelayan asing.

BHARIAN

No comments: