JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, June 15, 2009

Perhimpunan tuntut hak tanah rizab

KOTA BELUD: Kira-kira 1,000 penduduk Kampung Labuan dan Wakap, di sini berhimpun secara aman semalam bagi menuntut kerajaan negeri menyerahkan hak tanah rizab padang ragut Kuala Pintasan seluas 432 hektar kepada mereka.

Mereka mendakwa tanah itu diberikan Kerajaan Borneo Utara pada 1956 dan bimbang kawasan itu dimajukan untuk projek Agropolitan Kota Belud.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindaknya, Asang Lantuhun, mendakwa mereka mempunyai bukti kawasan itu dimiliki penduduk kampung berdasarkan Surat Amanah Kuasa Tanah bertarikh 2 Februari 1956 yang diberikan Kerajaan Borneo Utara kepada pemimpin di Kampung Labuan, Malik Santis.

"Kami bukan menentang projek Agropolitan Kota Belud. Kami mahu hak kami dikekalkan. Kami mahu diberi peluang mengusahakan kawasan itu," katanya.

Hadir sama, Ketua Kampung Labuan, Merajin Hussin; Ketua Kampung Tanjung Pasir, Abin Deris; Ketua Kampung Wakap, Ogong Suntoh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Labuan, Sibin Harun.

Terdahulu, Asang berdialog dengan penduduk yang bersetuju mengemukakan permohonan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman supaya padang ragut Kuala Pintasan diserahkan kepada mereka.

Asang mendakwa penduduk Kampung Labuan dan Wakap mengalami kerugian apabila sawah mereka diambil kerajaan bagi projek Jalan Lintas Kota Belud - Kudat pada 2006.

"Kami mengalami kerugian kerana baki saiz sawah yang kecil tidak sesuai diusahakan. Nilai pampasan pula tidak setimpal nilai sebenar tanah. Oleh itu, kami bercadang memajukan penternakan berdaya maju di tanah rizab itu," katanya.

Sementara itu, penduduk Kampung Labuan, Datu Mustapha Datu Ghairullah, berkata cadangan memajukan kawasan itu sejajar usaha kerajaan membasmi kemiskinan tegar di daerah ini.

"Kami bukan menolak kemajuan. Kami mahu bersama-sama mengusahakan padang ragut itu untuk kebaikan bersama," katanya.

BHARIAN

No comments: