KOTA KINABALU 14 Jun - Persatuan Pengusaha Bas Bumiputera Sabah (PPBBS) mendesak Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
Ketua Penerangan PPBBS, Abdul Rahman Pitu berkata, kelewatan LPKP berbuat demikian hanya menyesakkan keadaan di bandar raya ini kerana ketiadaan hentian yang seragam.
"LPKP dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berjanji sebelum ini untuk mengehadkan satu hentian sahaja berkuat kuasa 1 Jun lalu di Terminal 1,
"Justeru, PPBBS menuntut DBKK membuktikan kredibilitinya dengan memastikan semua bas ditempatkan di satu terminal seperti dijanjikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 28 Mei lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong mengumumkan bahawa perkhidmatan bas itu di bandar raya ini semuanya akan ditempatkan di terminal 1, bermula 1 Jun lalu.
Bagaimanapun, rancangan tersebut tidak berjaya dan sehingga kini masih terdapat dua hentian bas di bandar raya ini iaitu di terminal itu dan sebuah lagi hentian bas depan mahkamah, dekat sini.
Langkah tersebut adalah bagi membolehkan hentian depan mahkamah beroperasi sepenuhnya sebagai tempat perkhidmatan bas dalam bandar (city bus).
Abdul Rahman berkata, PPBBS menganggap kegagalan pihak bertanggungjawab menyeragamkan operasi bas itu sebagai sesuatu yang memalukan dan tidak patut berlaku.
Sehubungan, itu katanya, PPBBS berharap pihak yang berkenaan supaya serius menangani masalah tersebut dan tidak sesekali tunduk dengan tekanan mana-mana pengusaha bas.
UTUSAN
No comments:
Post a Comment