JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, June 15, 2009

36 TAHUN GUNA PELITA


TENOM: Walaupun berada kira-kira enam kilometer dari Stesen Janakuasa Hidroelektrik Pangi, penduduk Kampung Motolob, Pangi Seberang dan Rayoh, di sini tidak pernah menikmati bekalan tenaga elektrik berbanding penduduk kampung lain yang berpuluh kilometer dari stesen berkenaan.

Mereka tidak ada pilihan selain terpaksa bergantung kepada generator dan pelita untuk meneruskan kehidupan berbanding penduduk kampung lain yang mudah menikmati bekalan tenaga elektrik walaupun berada jauh dari stesen berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Motolob, Andamas Haumba, 43, berkata sejak selepas merdeka dan penyertaan Sabah ke dalam Malaysia pada 1963 (36 TAHUN), penduduk ketiga-tiga kampung itu tidak pernah menikmati kemudahan itu.

"Apalah nasib kami tidak sebaik penduduk Kampung Stesen Pangi, Kalanos dan Kuala Pangi yang menikmati bekalan tenaga elektrik sedangkan jarak kampung kami dengan Stesen Janakuasa Hidroelektrik Pangi tidak lebih enam kilometer.

"Kami terpaksa membeli petrol untuk menjana generator. Kalau tiada wang untuk membeli bahan api, kami terpaksa menggunakan pelita. Anak kami terpaksa mengulang kaji pelajaran dengan bersumberkan api pelita," katanya kepada Berita Harian, di sini semalam.

Penduduk Kampung Pangi Seberang, Ramli Ansibuk, 31, berkata penderitaan penduduk menggunakan pelita semakin perit apabila mereka terpaksa menggunakan troli buatan sendiri untuk membeli petrol di pekan ini.

"Kami terpaksa menolak troli berukuran 2.17 x 2.17 meter manakala jarak antara roda dengan roda 0.89 meter untuk ke pekan Tenom sejak perkhidmatan kereta api diesel dari Stesen Kereta Api Tenom ke Stesen Kereta Api Beaufort dihentikan berikutan kerja membaik pulih landasan dan tebing Sungai Padas yang terhakis akibat banjir pada Disember lalu," katanya.

BHARIAN

No comments: