JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, June 3, 2009

Binatang mabuk rogol kanak-kanak tiga tahun


Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dari sebuah panjang di Bekenu dikejarkan ke Hospital Miri selepas dirogol oleh seorang remaja yang mabuk.

Menurut sumber, kanak-kanak malang itu dipercayai dirogol secara brutal oleh lelaki remaja berusia 16 tahun yang mabuk selepas meminum minuman keras semasa sambutan Gawai Dayak pada 1 Jun.

Kejadian yang berlaku lewat petang semalam itu disedari oleh penduduk rumah panjang selepas budak perempuan itu tidak berhenti-henti menangis dan mengalami pendarahan di bahagian kemaluan.

Difahamkan, budak itu dibawa ke sebuah pondok berhampiran rumah panjang sebelum dirogol. Penduduk rumah panjang berjaya menangkap suspek selepas budak itu menunjukkan remaja lelaki berkenaan yang masih dalam keadaan mabuk.

Sementara itu Balai Polis Miri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan sebagai kes rogol.

”Setakat ini pihak polis sudah menahan suspek untuk tindakan selanjutnya. Kita amat memandang serius kes ini,” katanya.

Dalam kejadian berasingan semalam, seorang lelaki berusia 30an dari sebuah rumah panjang di Bakas, Bakong mati selepas meminum minuman ’langkau’ terlalu banyak.

Berita Sarawak

No comments: