JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, June 11, 2009

Ladang Babi Di Sabah Wajib Mohon Lesen Sebelum 1 Julai


PAPAR, 10 Jun (Bernama) -- Semua ladang ternakan babi di Sabah dimestikan mengemukakan permohonan mendapatkan lesen sebelum 1 Julai ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin.

Beliau berkata surat amaran akan dikeluarkan kepada ladang yang gagal mengemukakan permohonan lesen pada tarikh itu.

Pada masa yang sama, tindakan pendaftaran ladang juga dilaksanakan, katanya kepada pemberita selepas melawat Loji Pemprosesan Ternakan Ayam DESA Hatchery Sdn. Bhd di Lok Kawi dan melawat ladang ternakan khinzir, Fulji Farm Sdn Bhd di Kampung Purak dekat sini hari ini.

Yahya, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada tindakan yang akan diambil selepas peraturan kawalan aktiviti ternakan (babi) diwartakan pada 12 Feb lepas.

"Ladang-ladang yang gagal mendapatkan lesen akibat tidak mematuhi undang-undang berkenaan akan dimasukkan dalam kumpulan yang akan diberi runding cara dan jangka masa yang diberi untuk tujuan ini tidak melebihi 24 bulan dari tarikh 1 Julai 2009," katanya.

Yahya berkata ladang-ladang yang gagal mendapatkan lesen dalam tempoh itu akan mula diarah tutup pada 31 Julai 2011.

No comments: