JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, June 14, 2009

LINTAH ITU WANG



Projek Ternakan Lintah akan diperluaskan di kawasan luar bandar dengan disasarkan kepada pembabitan kalangan keluarga yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan, bagi membantu menjana pendapatan.

Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Khalid Ramli berkata projek itu dikenal
pasti mempunyai potensi untuk membantu usaha membasmi kemiskinan penduduk luar bandar.

"Dengan
menyediakan projek seperti ini, ia akan dapat menjana pendapatan golongan sasaran," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Terdahulu beliau melakukan lawatan ke beberapa kampung di sekitar Kinabatangan dan turut melawat projek ternakan lintah di kampung itu.

Katanya beliau sendiri melihat peluang cerah yang dijanjikan oleh projek itu selepas melawat ke beberapa buah kampung
di kawasan Kinabatangan dan Tongod sejak semalam.

Khalid berkata beliau amat tertarik dengan beberapa Program Peningkatan Pendapatan (PPP) untuk
membantu meningkatkan ekonomi penduduk miskin di kawasan berkenaan.

Selain projek ternakan lintah, lain-lain projek yang turut diusahakan menerusi PPP termasuk projek penanaman halia, ubi kayu, ternakan ikan sangkar dan kedai runcit.

No comments: