JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, June 14, 2009

Pulau Ajaib & Indah






Pulau Sipadan sudah memasuki pusingan untuk dipilih sebagai satu daripada tiga lokasi terbaik bagi kategori pulau yang memiliki keajaiban alam semula jadi dunia.

Ia berdasarkan peningkatannya kepada tangga keempat pada 10 Jun lalu berbanding tangga ke-14 bulan lalu berikutan pemilihan yang dilakukan masyarakat Malaysia dan antarabangsa melalui laman web New7Wonders.com yang mengendalikan proses pengundian bagi memilih tujuh keajaiban alam semula jadi dunia.

Kejayaan Pulau Sipadan memasuki pusingan berkenaan sekali gus mengatasi 27 pulau lain di seluruh dunia yang dicalonkan dalam kategori pulau yang turut memiliki keajaiban berkenaan.

Pulau Sipadan sekarang berada di belakang Pulau Ometepe (Nicaragua), Cocos (Costa Rica) dan Galapagos (Ecuador).

Persoalan sama ada Pulau Sipadan akan diumumkan sebagai antara tiga pulau terbaik dunia akan dibuat pada 21 Julai ini.

Selain Pulau Sipadan, Ometepe, Cocos dan Galapogos, tujuh lagi pulau lain berjaya memasuki proses pemilihan itu setakat 10 Jun lalu ialah Kepulauan Fernando de Noronha (Brazil), Kepulauan Maldives, Jeju (Korea), Bu Tinah Shoals (Emeriah Arab Bersatu), Ulithi Atoll (Micronesia), Bora-Bora (Polynesia) dan Funafuti Atoll (Tuvalu).

Sehubungan itu, sokongan masyarakat Malaysia dan antarabangsa amat diperlukan bagi membolehkan

Pulau Sipadan dipilih sebagai satu daripada tiga pulau terbaik dunia sebelum tarikh pengundian tamat pada 1 Julai ini.

Berdasarkan pemilihan dijalankan penganjur New 7 Wonders Of Nature yang berpangkalan di Switzerland, 77 lokasi di seluruh dunia akan dipilih mewakili tujuh kategori keajaiban alam semula jadi, iaitu masing-masing 11 bagi setiap kategori pada peringkat kedua pemilihan.

Tujuh kategori berkenaan ialah pulau; gunung dan gunung berapi; landskap dan pembentukan ais; gua, lembah dan pembentukan batu; hutan, taman negara dan rizab semula jadi; tasik, sungai dan air terjun serta pemandangan laut.

Daripada jumlah itu, panel pakar yang diketuai bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco), Prof Federico Mayor akan memilih hanya 21 lokasi untuk memasuki pusingan seterusnya yang akan diumumkan pada 21 Julai ini.

Proses pengundian bagi pemilihan peringkat seterusnya akan berterusan pada tahun depan dan 2011.

Pengundian untuk menyokong Pulau Sipadan boleh dibuat menerusi laman web www.new7wonders.com, www.votesipadan.com atau www.sabahtourism.com.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun dilaporkan berkata, industri pelancongan di Pulau Sipadan akan meningkat jika terpilih sebagai satu daripada tujuh keajaiban alam semula jadi dunia.

"Jika Pulau Sipadan terpilih sebagai satu daripada tujuh keajaiban alam semula jadi dunia, sektor pelancongan di negeri ini akan meningkat kerana lebih ramai penyelam dari seluruh dunia mengunjungi pulau itu," katanya.

bharian

No comments: