Sewajarnya Azman harus jujur dalam hal ini agar tidak berlaku double standard. Dalam usaha kita menyeru rakyat, pada masa sama, umno sendiri harus terlebih dahulu memperbaiki diri serentak dengan apa yang diperkatakan. perhatikan kenyataan Azman yang dilaporkan oleh akhbar New Sabah Times dan serta gambar khairy berkenaan.
Keningau: Pergerakan Pemuda Umno Sabah meminta agar masyarakat di negeri ini mengelakkan pengambilan bahan-bahan yang mengkhayalkan dan memabukkan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Ketua Pemuda Umno Sabah Azman Haji Ruslan berkata, sejak akhir-akhir ini banyak insiden pergaduhan, kemalangan jalan raya yang membawa kecederaan dan maut.
Katanya, kebanyakan kes-kes berkenaan dipercayai berpunca daripada pengambilan minuman keras yang berlebihan.
Azman yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Keningau berkata, insiden-insiden seumpama ini dapat dikurangkan jika masyarakat menyedari tentang bahayanya pembambilan minuman keras yang berlebihan.
Menyedari insiden-insiden yang turut membabit golongan remaja semasa mabuk di negeri ini termasuk kawasan Pedalaman, Azman berkata Pemuda Umno Sabah akan merangka kempen ‘bebas alkohol’ dikalangan generasi muda khususnya bagi mengelakkan perkara itu berlanjutan.
Katanyanya, Pemuda Umno akan bekerjasama dengan pihak keselamatan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), NGO dan beberapa pihak yang berkaitan untuk kempen kesedaran ini.
Azman berkata, tidak salah mengamalkan minuman tradisi tetapi jika ia memudaratkan masyarakat ia perlu dikurangkan.
“Semasa majlis-majlis keramaian seperti pesta kaamatan, perkahwinan pengambilan minuman tradisi seperti tapai dan sebagainya tidak dapat dielakkan tetapi dalam menyambut keramaian seperti ini masyarakat perlu berhati bagi menjaga harmonian dalam majlis berkenaan” katanya ketika menghubungi New Sabah Times di sini selepas mempengerusikan mesyuarat pemuda Umno Sabah pada Yang penting katanya, adalah kesedaran masyarakat tentang bahayanya pengambilan alkohol yang berlebihan.
Menurut Azman Pemuda Umno amat prihatin dengan keselamatan rakyat dan meminta generasi muda mengambil iktibar dengan kes-kes pergaduhan anak-anak muda di kawasan bandar termasuk Keningau yang turut mencatatkan satu kes kematian seorang pekerja Jabatan Pertanian yang dibelasah golongan muda kerana mabuk.
Katanya, satu lagi kes pergaduhan dua kumpulan remaja di daerah ini yang hampir-hampir mengorbankan nyawa seorang pemimpin masyarakat yang dibelasah oleh golongan remaja yang berumur antara 15 hingga 19 tahun kerana dipercayai mabuk.
Melihat kepada senerio ini kata Azman, sudah sampai masanya pemimpin-pemimpin masyarakat mencari langkah-langkah yang perlu bagi mengurang pengambilan minuman keras apabila ada majlis-majlis keramaian di kampung masing-masing.
Sebagai pemimpin golongan muda Azman juga meminta agar pemimpin-pempimpin masyarakat dapat mengawal penglibatan golongan muda dengan minuman keras semasa ada majlis keramaian di kampung masing-masing.
Penulis: Azman ialah Ketua Pemuda Umno Sabah yang baru atas lantikan Khairy dan Pengerusi Eksekutif akhbar New Sabah times ialah Datuk Ayub Hj Aman, iaitu adik beradik kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.
No comments:
Post a Comment