JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, July 15, 2009

KEDAYAN SARAN DANA KHAS BAGI PERSATUAN ETNIK


SIPITANG: Kerajaan perlu memperuntukkan satu dana khas kepada semua persatuan etnik di Negeri ini bagi membolehkan persatuan terbabit menjalankan pelbagi aktiviti yang berkaitan kebudayaan secara aktif, kata Presiden Persatuan Kedayan Sabah (KEDAYAN), Hj Osman Ahmad.

Menurut beliau, peruntukan khas ini perlu disalurkan setiap tahun bagi membolehkan sesebuah persatuan tersebut diuruskan dengan lebih berkesan sekaligus akan dapat memenuhi aspirasi kerajaan menjadikan kebudayaan sebagai salah satu landasan perpaduan rakyat pelbagai kaum di Negara ini.

Katanya, masaalah kewangan yang dihadapi oleh kebanyakan persatuan etnik di Sabah juga telah menyumbang kepada kurangnya penonjolon adat tradisi dan budaya sesuatu kaum di mata umum.

"Bagi persatuan yang diketuai oleh orang yang berkemampuan lebih dari segi kewangan serta mempunyai keududukan yang tinggi dalam kerajann atau institusi politik mungkin soal peruntukkan tidak menjadi masaalah kerana mereka mampu untuk menguruskan persatuan mereka dengan menggunakan dana sendiri," katanya ditemui di lokasi pengambaran Simfoni Alam Etnik Kedayan, terbitan RTM di Kampung Pantai, dekat sini Ahad lalu.

Beliau berkata, kepayahan untuk memperolehi dana untuk menguruskan sesebuah persatuan etnik turut menyebabkan ramai yang menjauhkan diri untuk meimpin sesebuah persatuan kerana kekangan sumber kewangan.

"Hakikatnya dikalangan ahli sesebuah persatuan sememangnya terdapat mereka yang kurang kemampuan dari segi kewangan tetapi mempunyai keinginan dan kemampuan yang tinggi untuk memimpin sesuatu persatuan etnik," katanya.

Katanya, apa yang berlaku sekarang ini ialah, seseorang ketua dalam sesuatu persatuan etnik terpaksa menggunakan kewangan sendiri untuk menghidupkan persatuan etnik yang dipimpinnya.

Hj Osman berkata, fenomena ini telah membantutkan semangat orang yang berkebolehan dari segi kepimpinan dan karisma untuk mengemudi sesebuah persatuan etnik apabila mereka menyedari yang mereka tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk menguruskan sesuatu persatuan tersebut.

No comments: