|
|
sebuah bilik bawah tanah yang ditemui di Jalan Gambier di Kuching iaitu lokasi tapak Pasar Gambier sebelum ini didakwa adalah bekas peninggalan perang dunia kedua oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Dominique Ng.
Bilik bawah tanah itu dikatakan mempunyai dua pintu kecil di dua sudut yang bertentangan malah dibina menggunakan batu bata dengan susunan yang kemas.
Menurut Ng, beliau percaya tempat tersebut mempunyai sejarah dan arkeologi penting lalu berkeputusan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini pada kira-kira 7.29 pagi, semalam.
‘‘Kesahihan mengenai bilik bawah tanah ini masih dalam siasatan dan jika ia tapak peninggalan perang dunia kedua, usaha merobohkan tapak pasar ini harus dihentikan bagi mengekalkan sejarah dan arkeologinya,” kata beliau.
utusan
No comments:
Post a Comment