JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, July 15, 2009

SPR SOKONG BN AGAR WARGA SARAWAK MENGUNDI DI SEMENANJUNG


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan menyediakan undi pos untuk rakyat Sarawak yang menetap dan bekerja di Semenanjung Malaysia.

Setiausahanya, Datuk Ngah Senik ketika dihubungi semalam berkata selain anggota polis dan tentera, SPR tidak dapat mewujudkan polisi yang sama iaitu undi pos kepada golongan tersebut.

“Kita (SPR) tidak akan menyediakan undi pos kepada rakyat Sarawak di Semenanjung Malaysia untuk mengundi bagi negeri Sarawak.

“Tetapi, mereka masih boleh mendaftar dan mengundi di kawasan masing-masing iaitu di tempat mereka kerja atau tempat menetap,” kata-nya.

Beliau berkata dengan cara itu, maka mereka masih boleh menunaikan kewajipan untuk mengundi tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk balik ke Sarawak dan mengundi di kampung halaman masing-masing.

“Namun, ini bergantung kepada individu itu sendiri dalam menentukan pusat mengundi,” katanya.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr James Masing, semasa me-nyempurnakan majlis penutupan Gawai Dayak di Johor pada malam Sabtu lalu, telah menyarankan agar rakyat Sarawak yang bekerja dan menetap di Semenanjung Malaysia mendaftar sebagai pengundi di sana.

Beliau juga turut menya-rankan SPR agar membenarkan mereka mendaftar sebagai pengundi di kawasan masing-masing.

Ini kerana katanya, setiap kali mereka pulang untuk mengundi di kampung halaman masing-masing di Sara-wak, ia bukan sahaja membabitkan masa kerja, malah melibatkan kos yang tinggi terutama bagi pusat pengundian yang jauh di pedalaman.

Faktor ini juga menyebabkan ramai yang tidak pulang ke negeri ini untuk mengundi kerana kos yang tinggi.

“Kita merasakan kerajaan akan mengambil serius perkara ini dalam mempertingkatkan kekuatan Barisan Nasional (BN) di Semenanjung untuk pilihan raya berikutnya dan saya pasti ia untuk kebaikan kerajaan BN dan kerajaan persekutuan.

“Jika mereka tidak dapat mengundi di Sarawak adalah lebih baik mereka mengundi di sini (Semenanjung Malaysia),” kata Masing.

Beliau menganggarkan ti-dak kurang daripada 100,000 rakyat Sarawak bekerja dan menetap di Semenanjung Malaysia pada masa ini.

theborneopost

masdarwahid: Penulis melihat BN Sarawal semakin terdesak mempertahankan kerajaan negeri menjelang PRU Sarawak yanga dijangka hujung tahun ini atau selewat2nya awal 2011.

No comments: