JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, July 15, 2009

Pemuda Dibelasah

KENINGAU: Seorang pemuda dibelasah oleh lapan orang remaja dalam satu pergaduhan di belakang salah sebuah restoran di daerah Tambunan kira-kira jam 1.00 pagi pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed berkata, mangsa yang dibelasah itu berasal dari Penempang berumur 21 tahun kini dalam keadaan koma dan dirawat di SMC Kota Kinabalu akibat kecederaan parah dipukul dahan kayu oleh lapan remaja yang berumur antara 16 hingga 21 tahun.

Katanya, pergaduhan itu dipercayai berpunca apabila lapan remaja itu menegur mangsa semasa berbual-bual dengan seorang gadis semasa dalam restoran itu yang turut menjadi pusat hiburan pada waktu malam.

“Apabila pertengkaran berlaku ia berakhir dengan tradegi yang menyaksi lapan remaja yang berasal dari Tambunan itu membelasah dan memukul pemuda itu sehingga koma” kata Zahari kepada media selepas menyaksikan serah/terima tugas antara Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Keningau ASP Bong Kuet Khiun yang bertukar sebagai Ketua Bahagian Pengurusan di IPD Lahad Datu dan Chif Inspektor Ramona Albert Rayang yang memangku jawatan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Keningau kelmarin.

Zahari berkata, polis telah bertindak dan berjaya menangkap lapan remaja yang disyaki terbabit dengan pergaduhan itu selepas menerima laporan pada jam 10.00 pagi pada hari kejadian dan tangkapan terakhir dilakukan pada jam 7.30 malam.

“Kesemua remaja yang ditangkap ditahan reman selama empat hari untuk siasatan dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Zahari menasihatkan ibu bapa agar mengawasi anak-anak mereka dan jangan membebaskan mereka mengunjungi pusat-pusat hiburan dan mengambil alkohol yang berlebihan sehingga menyebabkan pergaduhan.

Dalam perkembangan lain Zahari memberitahu sejumlah RM57,000 wang salah sebuah syarikat kilang papan di daerah ini lesap selepas dikeluarkan oleh Pengurus Kilang Papan itu.

Zahari berkata, wang itu dilaporkan hilang semasa pengurus kilang papan itu menukar tayar kenderaannya yang pancit di belakang Manybank di sini.

“Kejadian seumpama ini sering berlaku di daerah yang turut membabitkan wang jabatan kerajaan semasa dikeluarkan di bank” jelasnya.
Justeru itu katanya, mereka yang diamanah untuk mengeluarkan wang sama ada jabatan kerajaan dan sektor swasta perlu berhati-hati dan jangan cuai bagi megelakkan penjenayah mengambil kesempatan.

Kiriman : marutin ansiung ansiung / sabahdaily.com

No comments: