JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, July 14, 2009

LAMPU JALAN DI KUNAK


(Gambar atas - Lampu hiasan yang sudah 'hilang' di kawasan Senja Ria dekat Bangunan Sapang di pekan Kunak.

Gambar - Lampu hiasan sudah rosak. Mungkin kerana perbuatan vandalisme atau kualiti bahan yang dipasang tidak menepati piawai yang bersesuaian).

Mungkin sudah tiba masanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bekerjasama dengan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk pihak Media dalam mengumpul maklumat secara kolektif dan dibawa bersama untuk dibincangkan terutama berkaitan program pembangunan untuk masyarakat.

Tidak dinafikan, ahli-ahli Majlis daerah yang dipilih atau kaunselor yang dilantik oleh Adun di sesuatu kawasan bertanggungjawab mengemukakan apa saja pandangan atau cadangan mereka berkaitan sesuatu projek pembangunan yang hendak atau akan dilaksanakan pada masa hadapan.

Kendatipun begitu, suara, pandangan atau pendapat daripada NGO-NGO atau pihak Media tempatan mungkin perlu dikongsi bersama melalui mesyuarat atau musyawarah yang menjadi medium berkesan dalam memastikan pembangunan yang akan dilaksanakan memberi manfaat kepada masyarakat seluruhnya, kalaupun mungkin ia tidak mencapai seratus-peratus kepuasan dikalangan rakyat tetapi keberkesanan sesuatu projek pembangunan itu mencapai tahap yang boleh diyakini dan bermanfaat dalam jangka panjang.

Saya tertarik dengan ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini yang menghendakkan kakitangan awam atau penjawat perkhidmatan awam sentiasa meningkatkan produktiviti, sedia dan berani berubah untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat lebih-lebih lagi dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia sekarang ini.
Nota yang diposkan dalam perbincangan kali ini memfokuskan bagaimana kita perlu duduk semeja dan sedia mempelawa pihak Media untuk berkongsi pendapat terutama berkaitan program pembangunan yang hendak dilaksanakan itu demi faedah bersama.
Ia juga sejajar dengan pendirian kerajaan negeri untuk menjalin hubungan baik serta menerima konsep keterbukaan yang memerlukan maklumbalas terutama dalam menyampaikan informasi kepada masyarakat menerusi peranan media-massa tempatan sebagai antara 'mata dan telinga kerajaan' dalam sistem demokrasi negara.

- Dalam tinjauan yang dilakukan mendapati projek hiasan lampu yang dibina di pekan Kunak seperti di Senja Ria berhampiran Bangunan Sapang di pekan Kunak menunjukkan dengan jelas bahawa lampu hiasan tersebut mudah rosak dan ada yang sudah terjuntai .

Sebelum ini, projek lanskap lampu hiasan yang dibina beberapa tahun yang lalu di kawasan berdekatan terminal bas pekan Kunak juga tidak memberi manfaat yang berkesan kerana item atau lampu hiasan yang digunakan juga tidak bersesuaian atau tidak berkualiti dalam tempoh yang lama. Akibatnya, semua projek yang sepatutnya bermanfaat untuk masyarakat tidak memberi faedah yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat setempat.

kunakpress

No comments: