JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, July 12, 2009

LELAKI TERTUA SIPITANG MENINGGAL DUNIA


SIPITANG: Seorang lelaki yang dipercayai tertua di daerah Sipitang meninggal dunia pada usia 108 tahun akibat sakit tua di rumahnya pada Khamis lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Atap Tasim menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan anak-anak, cucu, cicit, piut dan saudara-mara terdekat di rumahnya yang terletak di Kampung Bangsal Sipitang, dekat sini.

Allahyarham yang berbangsa Kedayan mempunyai 9 orang anak, 30 cucu dan ramai cicit serta piut di mana salah seorang cicitnya kini sudah menjangkau usia 50 tahun dengan 7 orang anak.

Manakala isteri Allahyarham telah meninggal dunia sejak empat tahun yang lalu akibat lumpuh.

Menurut anaknya yang ke-8, Juhara Atap, 50, walaupun dalam kad pengenalan bapanya menunjukkan tarikh lahir bapanya ialah pada 2 Ogos 1907, namun sebenarnya bapanya lahir lebih awal daripada itu.

"Usia bapa saya sudah menjangkau 108 tahun….,maklumat tarikh lahir pada kad pengenalan berkenaan kurang tepat kerana bapa saya sebenarnya lahir lebih awal daripada tarikh itu kerana kami pernah melihat dokumen lain yang menunjukkan tarikh kelahiran ayah yang sebenar," katanya.

Sementara itu, ADUN Sindumin Hj Ahmad Hj Bujang yang turut menziarahi keluarga Allahyarham turut mengesahkan bahawa Allahyarham Atap Tasim merupakan warga tertua di daerah ini sehingga hayatnya pada khamis 9 Julai yang lepas.

Beliau yang berkunjung ke rumah keluarga Allahyarham meluangkan masa lebih kurang satu jam mendengar cerita dari anak-anak Allahyarham mengenai sejarah kehidupan bapa mereka semasa hayatnya.

No comments: