Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu selamat tiba di sini petang ini selepas berada di ibu negara sejak hujung Mei lepas bagi menjalani pembedahan dan rawatan jantung di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Kuala Lumpur.
Jabu dan isterinya Senator Puan Sri Empiang Jabu yang tiba dengan pesawat khas di hangar Hornbill Skyways di sini disambut oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Wilson Baya Dandot dan beberapa menteri kabinet negeri.
"Keadaan saya bertambah baik selepas menjalani pembedahan jantung (Coronary Artery Bypass Graft-CABG) dan berharap selepas ini boleh meneruskan tugas saya walaupun masa rehat saya masih lagi panjang," katanya kepada pemberita.
Pakar bedah jantung Dr Liew Wee Liik yang bertanggungjawab kepada kesihatan Jabu berkata keadaan Timbalan Ketua Menteri kini semakin baik tetapi beliau masih memerlukan rehat yang cukup sebelum kembali menjalankan tugas rasminya.
Katanya semangat tinggi yang ada pada diri Jabu sedikit sebanyak membantu mempercepatkan proses rawatan yang dijalaninya sebelum ini.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment