JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, July 10, 2009

BABI DAN MUZIK

KUCHING: Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) ke-12 yang berlangsung selama tiga hari di Kampung Budaya Sarawak (SCV) di Santubong dekat sini, bermula Jumaat ini akan diteruskan walaupun banyak pihak di negeri ini, kini semakin khuatir dengan peningkatan kes Influenza A H1N1 atau selesema babi import dan tempatan, setakat ini.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, berkata keadaan penularan wabak itu di negeri ini masih terkawal dan orang ramai, tidak perlu terlalu khuatir dengan kehadiran peserta RWMF dan pertambahan pelancong dari luar negara yang ingin menyaksikan acara itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri, berkata sehingga jam 4 petang ini (semalam) dua kes positif terbaru H1N1 dilaporkan di negeri ini, meningkatkan dan jumlah kes kepada 18, dengan sembilan kes di Kuching, enam (Miri), dua (Bintulu) dan satu kes di Sibu.


Katanya, dua kes terbaru itu disahkan hari ini (semalam) membabit kes ke-17, seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun dan kini dimasukkan ke Hospital Miri, di bandaraya Miri.

"Dia dikesan mempunyai tanda-tanda penyakit itu sekembali dari negara jiran Brunei Darussalam, Ahad lalu dan disahkan dijangkiti H1N1 hari ini (semalam).

"Manakala pesakit ke-18 membabitkan seorang wanita berusia 23 tahun yang baru pulang dari London ke bandaraya ini, Ahad lalu dan disahkan positif penyakit itu hari ini (semalam)," katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) di sini semalam.

Dr Chan berkata, setakat ini seramai 158 orang sudah diperiksa bagi mengesan penularan wabak H1N1 di negeri ini, bagaimana pun 100 kes disahkan negatif; 18 kes pula disahkan positif dan 10 masih dirawat di beberapa hospital, keadaan mereka semakin stabil

bharian

No comments: