JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, July 10, 2009

PENGANGUTAN AWAM: RAKYAT DI SUSAHKAN


Persatuan Pengusaha Bas Bumiputera Sabah (PPBBS) meminta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengkaji semula laluan bas di sini yang ditetapkan sejak pelaksanaan bas bandar raya awal bulan lalu.

Presidennya, Lokman Sunggim, berkata ia perlu bagi mengatasi masalah ketiadaan perkhidmatan bas di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens, bermula dari bulatan Masjid Bandaraya di Likas hingga ke kawasan pelabuhan Kota Kinabalu di Tanjung Lipat.

Katanya, peraturan baru itu melarang pengusaha bas menggunakan laluan terbabit sekali gus menimbulkan kesukaran kepada orang ramai yang tiada kenderaan sendiri, terutama yang bekerja atau mempunyai urusan di kawasan berkenaan.

"Berdasarkan pelan laluan bas yang ditetapkan sejak 1 Jun lalu, semua bas dari kawasan utara ibu negeri hanya dibenarkan menggunakan Jalan Tuaran untuk memasuki bandar raya dan berhenti di terminal Wawasan Plaza.

"Berikutan peraturan itu, bas dari kawasan Sepanggar dan Likas yang sebelum ini melalui Jalan Tun Fuad Stephens untuk memasuki pusat bandar raya tidak dapat mengambil penumpang di kawasan berkenaan.

"LPKP dan DBKK perlu peka dengan keadaan ini kerana ramai pengguna bas yang bekerja atau ada urusan di pelabuhan, Wisma Perindustrian dan Likas Square merungut sukar mendapat kenderaan untuk ke situ," katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam.

bharian

No comments: