JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, July 13, 2009

DAKWAH MELALUI KEMUDAHAN ICT

KAEDAH penyampaian dakwah kini tidak hanya terbatas menggunakan pendekatan konvensional, sebaliknya ia terus berkembang selaras dengan kemajuan teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT). Oleh itu penguasaan terhadap ICT diperlukan bagi pendakwah untuk menyampaikan mesej kepada sasaran dengan lebih meluas lagi.


Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, hari ini peranan umat Islam dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar menjadi lebih mudah dengan adanya kemudahan ICT.

"Kemahiran ICT dan bakat semulajadi mampu dikembangkan dalam usaha berdakwah termasuk bakat dalam bidang lukisan sama ada berbentuk kartun atau animasi” katanya ketika berucap Menutup Kursus ICT dan Laman Web Peringkat Zon Pedalaman di Pusat latihan Insan dekat sini baru baru ini.

Hadir sama Ketua (USIA) bahagian Tenom Piduman Haji Abd.Majid, Setiausaha (USIA) bahagian Keningau Irwan Samri, Ketua Pemuda (USIA) bahagian Tambunan Zaki Laumin dan pembimbing kursus Doriti Paulus

Menurut Abdullah bagi merealisasikan agar (USIA) dapat meleberkan gerakan dakwahnya melalui kemudahan ICT, usaha melatih pegawai dan ahli-ahli (USIA) untuk menguasai bidang ini sedang dipergiatkan di seluruh bahagian melalui kursus dan juga penwujudan Laman Web di seluruh (USIA) bahagian di negeri ini.

TAHNIAH…Abdullah ketika menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta di majlis tersebut

“Usaha ini merupakan komitmen (USIA) bagi menjadikan pegawai,kakitangan serta ahli-ahli (USIA) diseluruh Sabah mampu menguasai kemajuan ICT” tambah Abdullah.

Seramai 20 peserta terdiri dari pegawai dan ahli-ahli (USIA) dari bahagian Keningau,Tambunan,Tenom dan Nabawan telah menyertai kursus yang berlalungsung selama tiga hari dibawah bimbingan Doriti Paulus dari Jabatan Komuter Negeri Sabah dan dibantu oleh Pegawai ICT(USIA) Noorafidzah Kamaruddin. (JAAFAR ABDUL WAHID)

No comments: