JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, July 9, 2009

GURU DI BELASAH

Seorang bapa kepada pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdullah 2 di Semporna hari ini ditahan reman bagi membantu siasatan kes membelasah seorang guru di sekolah berkenaan semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd. Azim Khan Abdullah berkata, sehingga kini, polis telah mengambil keterangan beberapa individu yang terlibat termasuk pelajar terbabit dan saksi.

"Jika tiada halangan dalam tempoh dua tiga hari ini, kami akan menghantar laporan kepada pihak atasan untuk tindakan susulan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau diminta mengulas kejadian seorang bapa membelasah seorang guru ekoran rasa tidak puas hati terhadap guru terbabit yang menampar anaknya.

Difahamkan, guru itu menampar pelajar terbabit kerana dikatakan melanggar disiplin sekolah.

Dalam kejadian pukul 11 pagi semalam, suspek yang juga merupakan seorang tentera dipercayai bertindak membelasah guru terbabit, Zul Ahmad Kasuagi menggunakan senjata keras dipercayai besi.

Berikutan kejadian itu, Zul Ahmad dikejarkan ke hospital dan menerima dua jahitan selain cedera di bahagian belakang, bahu dan lengannya.

Mohd. Azim Khan berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Sementara itu Presiden Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS), Md. Yusop Mattaim menyifatkan tindakan bapa pelajar tersebut sebagai keterlaluan.

Katanya, bapa pelajar berkenaan sepatutnya menyalurkan rasa tidak puas hati kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit dan bukannya mengambil tindakan sendiri.

utusan

No comments: