JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, July 11, 2009

Karam Singh kena rompak RM100,000


Wartawan Alam Sekitar TV3, Karam Singh Walia, kerugian kira-kira RM100,000 apabila rumahnya di Taman Sri Andalas di sini, dipecah masuk malam kelmarin.

Kejadian itu disedari isterinya, Bhagwant Kaur, 49, jam 10.15 malam sebaik pulang dari kerja dan mendapati rumah berselerak.

Karam Singh, 50, berkata Bhagwant menghubunginya yang ketika itu masih di pejabat di Sri Pentas, Bandar Utama.

Katanya, beliau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang memaklumkan kejadian itu.


“Polis mendapati jeriji di bilik belakang rumah diumpil sebelum tingkap itu dipecahkan,” katanya.

Karam Singh berkata, antara barang yang hilang adalah jam tangan, telefon bimbit, barang kemas, komputer bimbit dan mata wang asing selain beberapa kerosakan akibat rumah diumpil pencuri.

Katanya, kejadian itu pertama kali berlaku sejak mereka menetap di situ 24 tahun lalu dan mereka tidak memasang kamera litar tertutup (CCTV) atau penggera berikutan kawasan itu dekat jalan utama.

Bagaimanapun, katanya, sejak lima tahun kebelakangan ini, kejadian jenayah kerap termasuk pecah rumah dan ugut. bharian

masdarwahid: selepas pru 1999, kalau tak silap, Karam Singh Walia pernah mengumumkan untuk terlibat dalam politik. adakah beliau kini telah membatalkan hasrat itu?

No comments: