JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, July 11, 2009

KES RAYUAN MA TZU 3 OGOS

MAHKAMAH Rayuan telah menghantar notis kepada peguam bela kedua belah pihak yang bertelagah berhubung isu Patung Dewi Laut Ma Tzu, memaklumkan Kes Rayuan yang difailkan oleh Ketua Menteri Sabah untuk mengenepikan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman, Yew Jen Kiew, yang memutuskan menolak petisyen Musa untuk mengenepikan saman yang dikemukakan Pengerusi Persatuan Then Hou Kudat terhadapnya akan didengar pada 3 Ogos 2009.

Notis yang dikeluarkan kelmarin, 10 Julai 2009, menetapkan pendengaran rayuan Musa akan dimulakan pada jam 9 pagi, 3 Ogos 2009 iaitu pada hari isnin.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan tiga yang lain, untuk mengenepikan saman bekas Ketua Menteri, Tan Sri Chong Kah Kiat berhubung pembinaan patung Mazu di Kudat.

Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman Yew Jen Kie berkata sama ada Chong atau Yayasan Amal Thean Hou Kudat, yang mana Chong sebagai pengerusi, mempunyai locus standi dalam saman itu, hanya boleh ditentukan menerusi bukti yang dikemukakan dalam perbicaraan itu.

Peguam utama bagi para pemohon, Datuk Mohammad Shafee Abdullah memohon penggantungan prosiding bagi merayu untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, peguam Chong, Ansari Abdullah meminta permohonan itu ditolak dan meneruskan perbicaraan yang telah bermula sejak 12 Januari, sehingga mahkamah rayuan memihak kepada pemohon.

Tetapi Mohammad Shafee menegaskan bahawa sekiranya perbicaraan diteruskan ia akan membazirkan masa dan wang dan oleh itu, meminta perbicaraan ditangguhkan sementara menunggu permohonan pemohon di mahkamah rayuan yang mendapat bantahan Yew.

TERGENDALA....Pembinaan patung berkenaan tergendala sejak sekian lama menimbulkan kemarahan penganut Ma Tzu sehingga berakhir di mahkamah.

Pada 18 April, mahkamah mendengar permohonan untuk membatalkan permohonan Chong, Ketua Menteri Sabah ke-13 (2001) yang mendakwa bahawa Musa dan tiga yang lain, telah menyalahgunakan kuasa berhubung projek Mazu.

Mereka (pemohon) membantah bahawa Chong tidak mempunyai locus standi dalam saman itu memandangkan Yayasan Amal Thean Hou Kudat tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan oleh itu tidak mempunyai kesahan untuk mencabar keputusan bagi menarik balik kebenaran yang diberi oleh Lembaga Bandar Kudat kepada yayasan, untuk membina patung Mazu setinggi 88 kaki.

Mohammad Shafee mendesak supaya yayasan itu didaftarkan dengan ROS kerana ia merupakan keperluan yang ditetapkan undang-undang termasuk mendaftarkannya di bawah badan amanah swasta di mana Chong bertindak sebagai pemegang amanah dan bukan sebagai anggota.

Menurut Ansari, tidak terdapat keperluan yang ditetapkan undang-undang bahawa seseorang itu perlu mendaftar badan amanah di bawah Akta Pemegang Amanah atau Ordinan Penggabungan Pemegang Amanah, kecuali mereka mahu berbuat demikian.
sabahkini

No comments: