JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, July 14, 2009

KRISIS SOKONGAN BN DI KANOWIT


MIRI 13 Julai - Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhenti daripada berangan-angan untuk menawan kawasan Parlimen Kanowit pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri William Mawan Ikom berkata, Parlimen Kanowit merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan sudah tentu parti tidak akan membiarkan penduduk di situ terpedaya dengan hasutan pembangkang.

''Kita tidak akan beri ruang kepada mana-mana pembangkang khususnya PKR untuk memesongkan penyokong BN di kawasan Parlimen Kanowit supaya menyertai pembangkang.

''Malah kita akan bekerjasama dengan Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bagi memastikan kawasan itu ditadbir oleh wakil dari kerajaan BN," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan golongan profesional kaum Kelabit di sini baru-baru ini.

Kawasan Parlimen Kanowit diwakili oleh Harun Dagang (BN-PRS), Ahli Dewan Undangan (ADUN) Machan, Datuk Gramong Juna (BN-PBB) dan ADUN Ngemah, Gabriel Adit-GAMBAR (PKR).

Mawan menjelaskan, beliau akan menghadiri sesi bertemu rakyat di Kanowit pada 25 Julai ini bagi menjernihkan isu yang cuba dibangkitkan pihak pembangkang di kawasan itu bagi meraih sokongan mereka.

Tegas Mawan, parti akan terus mempertahankan Kanowit terlepas di tangan pihak pembangkang yang pada masa ini cuba mengelirukan pemikiran penduduk di kawasan itu untuk menentang kerajaan BN.

''Saya berharap penduduk di kawasan Parlimen Kanowit terus menyokong komponen kerajaan BN untuk memastikan segala pelan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan," katanya.

Tambah beliau, hubungan baik dengan parti komponen BN yang lain turut menjadi elemen penting bagi memastikan objektif parti berjalan lancar.

utusan

No comments: