JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, July 14, 2009

KRISIS KEYAKINAN TERHADAP MP LABUAN : WUJUD PUAK DALAM KEPIMPINAN KETUA KAMPUNG


LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal mengulangi dengan tegas perlantikan Wakil ahli Parlimen di kesemua 27 buah kampung di pulau itu adalah untuk memastikan program pembangunan masyarakat Parlimen Labuan berjalan lancar dan bukan untuk mengenepikan peranan ketua-ketua kampung.

Katanya Wakil Ahli Parlimen yang diberi pengiktirafan sendiri oleh Pejabat Ahli Parlimen Labuan tidak seharusnya dimusuhi oleh ketua-ketua kampung, kerana mereka ini hanyalah menjalankan tugas bagi pihak Pejabat Ahli Parlimen.

"Tidak ada niat atau motif disebalik perlantikan Wakil Ahli Parlimen ini. Biarlah saya berterus-terang. Perlantikan Wakil Ahli Parlimen ini adalah disebabkan ketiadaan kerjasama segelintir ketua-ketua kampung dalam mana-mana program anjuran Pejabat Ahli Parlimen. Setahun setengah saya menjadi Ahli Parlimen, hanya beberapa ketua kampung sahaja yang memperlihatkan kerjasama dengan hadir di pejabat saya," katanya dalam majlis program Apa Khabar Orang Kampung Siri ke-9 di Kg Sg Bedaun kelmarin.

Ketua-ketua kampung seharusnya bekerjasama dan saling bantu membantu dalam memastikan program pembangunan masyarakat berjalan lancar dan memberi faedah kepada penduduk setempat, "dan bukan memboikot dan tidak hadir di program yang dianjurkan oleh kerajaan, janganlah pandang Yussof Mahal tetapi lihatlah program itu adalah ditujukan untuk rakyat.

"ketua-ketua kampung adalah dilantik oleh kerajaan berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat. Program Parlimen adalah program kerajaan untuk rakyat dan kenapa harus tidak ada kerjasama," katanya.

Beliau menggesa pemimpin-pemimpin masyarakat mengikis sikap kebencian dan hasad-dengki terhadap pihak tertentu sehinggakan program kerajaan anjuran Parlimen Labuan juga tidak diberi kerjasama.

"Kita tidak mahu adanya perbezaan pendapat antara kita, kita bawa rakyat bersama, dan memberi kesan kepada rakyat. Sebagai individu yang dilantik oleh kerajaan, seharusnya kita memperlihatkan kerjasama dan sokongan dengan pihak kerajaan dalam mana-mana program yang dianjurkan. Ketua kampung adalah rakyat, dan rakyat adalah rakyat saya sebagai seorang Ahli Parlimen," tambahnya.

Program Apa Khabar Orang Kampung yang diadakannya setiap minggu yang melibatkan semua kampung di Labuan adalah untuk beliau berjumpa rakyat dan untuk mendengar permasalahan rakyat dan "jangan cuba politikkan".

Beliau menegaskan "jangalah cuba bertopeng dengan kuasa yang diberi oleh kerajaan tetapi hanya pandai bercakap tetapi tidak ada perlaksanaan…baik berhenti daripada jawatan kerajaan kalau tidak meahu menjalankan amanah kerajaan".

"Sekiranya masih ada segelintir pemimpin masyarakat yang tidak suka saya sebagai Ahli Parlimen, ini tidak akan menjadi penghalang untuk Yussof Mahal berkhidmat untuk rakyat saya di Labuan. Pemimpin masyarakat khususnya harus menerima pemimpin silih berganti. Saya tidak pernah merebut jawatn parlimen ini, jawatan saya ini adalah amanah yang diberikan oleh Perdana Menteri," katanya.

Sementara itu, beliau meluluskan peruntukan RM20,000 untuk belia, mesjid dan juga balairaya Kg Sg bedaun.

No comments: