JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, July 10, 2009

Masalah Air Kampung Supa kian meruncing


Masalah ketiadaan kemudahan bekalan air yang dialami lebih 3,000 penduduk Kampung Supak, Bahagian Betong, semakin meruncing terutama dalam keadaan cuaca panas kebelakangan ini.

Keperitan yang dialami oleh penduduk di situ menyebabkan seorang anak jati kampung berkenaan terpanggil untuk menyuarakan masalah tersebut kepada Utusan Borneo dengan harapan mendapat perhatian segera daripada pihak yang berkenaan.

Beliau berkata amat terharu melihat penduduk kampungnya terpaksa bergantung dengan tadahan air hujan sebagai bekalan air untuk memasak, manakala untuk kegunaan mandi dan mencuci baju pula dari tali air serta perigi.

“Masalah menjadi semakin menghimpit apabila tiba musim kemarau.., bukan bermaksud untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi kami sangat-sangat berharap supaya pihak yang berkenaan dapat mengambil langkah segera mengatasi masalah ini,” kata seorang lagi penduduk kampung, Jabeli Talib, semalam.

Katanya lagi, Kampung Supak yang berusia kira-kira 180 tahun itu hanya boleh dihubungi menggunakan pengangkutan sungai dari Kampung Mangut.

Dalam pada itu, Jabeli memberitahu mereka berasa seperti dipinggirkan kerana sebelum ini pernah diberi harapan dengan ‘janji manis’ seperti kemudahan jalan raya ketika pilihan raya lalu.

“Jalan raya paling hampir menuju ke kampung ini hanya terletak kira-kira enam kilometer dan kalau kita sudah mempunyai kemudahan itu maka kemudahan-kemudahan lain mungkin lebih cepat dilaksanakan kemudiannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Saidi juga menceritakan ketiadaan jalan raya menyebabkan penduduk tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan perahu termasuk dalam kes-kes kecemasan seperti sakit dan bersalin.

“Pernah juga berlaku kes-kes kematian dan bersalin dalam perahu dialami oleh penduduk,” katanya sambil menambah, ekonomi penduduk kampung itu bergantung kepada aktiviti petanian dan nelayan.

theborneopost

No comments: