JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, July 15, 2009

Mayat Dua Lagi Mangsa Tragedi Muara Sungai Serudung Ditemui

Mayat dua lagi mangsa insiden pelanggaran jongkong dan sebuah bot laju di muara Sungai Serudung di sini Isnin lepas, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada hari Rabu, menjadikan jumlah yang terbunuh dalam tragedi itu kini menjangkau lapan orang.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata mayat pertama seorang perempuan berumur antara 12 dan 13 tahun dijumpai kira-kira pukul 7 pagi manakala yang kedua seorang wanita berumur 18 tahun dijumpai kira-kira pukul 10.40 pagi.

Beliau berkata identiti kedua-dua mereka masih belum dapat dipastikan, dan anggota pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Gerak Marin, Pasukan Gerak Am, Agensi Penguakuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bomba sehingga kini masih berusaha mencari seorang lagi wanita yang hilang dalam kejadian itu.

Katanya dalam tragedi kira-kira pukul 8 pagi Isnin lepas 17 lelaki dan sembilan wanita yang berumur antara dua dan 40 tahun terselamat semasa jongkong yang membawa kira-kira 30 orang penumpang, berlanggar dengan sebuah bot laju yang menghala ke Kalabakan dari Nunukan sebelum tenggelam dalam keadaaan gelap gelita.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini Ibrahim berkata, jongkong itu dipercayai membawa rakyat Indonesia dari arah Kalabakan ke Nunukan, Indonesia melalui jalan tikus, dan ketika kejadian kedua-dua bot laju serta jongkong itu tidak memasang lampu.

Beliau berkata jumlah penumpang di dalam bot laju juga sehingga kini belum dapat dipastikan, dan empat mangsa pelanggaran itu masih dirawat di Hospital Tawau.

Katanya bot laju itu sudah dijumpai pukul 11 pagi semalam, kira-kira 200 meter dari tempat kejadian, manakala usaha mengesan jongkong berkenaan masih diteruskan.

Sementara itu Ibrahim berkata juragan jongkong berkenaan yang dipercayai rakyat Indonesia, masih belum dapat dikesan dan polis berharap juragan berkenaan dapat tampil membantu siasatan.
BERNAMA

No comments: