Kata Rosmah, apa yang penting adalah sokongan dan sambutan rakyat terhadap cara pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau percaya rakyat akan menilai dan menerima pentadbiran beliau dengan cara yang
Daripada kesemua isteri Perdana Menteri Malaysia yang pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima, cuma isteri Perdana Menteri Malaysia yang keenam sahaja yang cukup menonjol dan terlalu sibuk dalam urusan politik Perdana Menteri seperti sikap Datin Seri Rosmah Mansor.
Publisitinya pun cukup kuat dalam TV3 dan media arus perdana, menyebabkan rakyat merasakan seolah-olah peranan Perdana Menteri Malaysia itu sudah di 'remote control' di sebalik tabir oleh Datin Seri Rosmah Mansor.
Wibawa Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia tidak begitu menyerlah lantaran tindih bertindih dengan karisma politik Datin Seri Rosmah Mansor yang secara terbuka merayu dan berharap supaya rakyat berpuashati, menilai dan menerima pentadbiran serta kepimpinan Dato' Seri Najib.
Bila isterinya Perdana Menteri meminta rakyat menilai serta berpuas hati di atas kepimpinan Dato' Seri Najib sebagai Ketua Kerajaan Malaysia, rakyat kebanyakan akan membuat tanggapan bahawa Dato' Seri Najib ada bermasalah dengan kepercayaan rakyat dan kurang berpengaruh tanpa bersandar kepada pengaruh isterinya Datin Seri Rosmah?
Rakyat tertanya-tanya dan berfikir, apakah pengaruh Datin Seri Rosmah sehingga beliau berkata bagi pihak Najib untuk mendapatkan kepercayaan rakyat?
Seperti biasa isteri kepada semua Perdana Menteri Malaysia yang lalu, mereka tidak aktif dalam politik tetapi mereka aktif dalam hal ehwal kebajikan rakyat seperti bergiat cergas dalam persatuan-persatuan yang menitik beratkan soal kebajikan masyarakat, kesihatan rakyat, kraftangan, bergiat cergas dalam Persatuan OKU, Persatuan Pesakit-Pesakit Jantung, Persatuan Pesakit Kanser, Persatuan Orang Buta dan sebagainya, tetapi bukan dalam bidang politik.
Pada dasarnya tidak salah kalau Rosmah bergiat sepenuh masa dalam politik tapi perkara tersebut belum pernah berlaku atau dilakukan oleh isteri-isteri Perdana Menteri yang terdahulu. Lagi pun tanggapan dan persepsi orang Melayu, seolah-olah Datin Seri Rosmah ada bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 pula?
Tanggapan orang Melayu yang berfikiran negatif nanti bahawa jawatan Perdana Menteri Malaysia itu akan Rosmah jadikan sebagai jawatan Perdana Menteri yang bercorak 'Dinasti' walaupun Datuk Seri Hishamuddin mula mengintai daripada jauh!
sabahkini
No comments:
Post a Comment