JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, July 12, 2009

Sarawak kurang pakar grafik


Sarawak masih kekurangan pakar dalam bidang reka bentuk grafik untuk merancakkan industri teknologi reka bentuk yang seiring dengan teknologi maklumat (IT) masa kini.

Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang menyatakan demikian berkata walaupun negeri ini mempunyai ramai pakar IT namun masih tidak ramai masyarakat menceburi bidang reka bentuk grafik.

Justeru, katanya adalah perlu bagi ahli-ahli korporat dalam perniagaan bidang terbabit memberi tumpuan mendidik generasi muda bagi melahirkan ramai pakar dalam bidang reka bentuk grafik.

“Kita sudah mempunyai ramai pakar IT dan mampu menggunakan pelbagai teknologi terkini dalam pelbagai bidang.

“Justeru, saya berharap pihak-pihak korporat terutama sektor swasta dan awam mempertingkat perniagaan dalam bidang reka bentuk grafik,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Institut Pengurusan Sarawak (MASA) di Sarawak Club di sini semalam.

Abang Johari menjelaskan bahawa MASA perlu memainkan peranan lebih aktif dalam membuka peluang kepada ahli-ahlinya menceburi bidang berkenaan kerana prospek pembangunan negeri ini amat memerlukan pakar grafik.

Hadir sama bekas Presiden MASA Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg dan Presiden MASA yang baru dipilih dalam mesyuarat terbabit itu Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo.

Menurut Abang Johari, era pembangunan masa kini lebih banyak tertumpu kepada ledakan teknologi, justeru masyarakat perniagaan dan pengurusan pelbagai bidang diharap mampu menggunakan segala teknologi untuk dibangunkan.

“Saya percaya jika kita mampu mengolah teknologi yang ada dengan teknologi lebih canggih dari negara-negara luar sudah pasti kita mendapat hasil yang lebih baik,” katanya.

Abang Johari menarik perhatian, teknologi dari negara Itali umpamnya jika diadunkan dengan teknologi tempatan dari Baram (Miri) sudah tentu usahawan tempatan akan memiliki hasil dan ilmu pengetahuan yang lebih baik.

“Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh masyarakat kita sekarang, saya yakin kita mampu bersaing dalam pelbagai bidang keusahawanan baik di peringkat nasional mahupun luar negara,” katanya.

Terdahulu, Abang Karim dan Hamid yang turut berucap melahirkan rasa kebanggaan masing-masing dalam usaha MASA memartabatkan pengurusan perniagaan di kalangan ahli-ahli dan masyarakat negeri ini.

Hamid merupakan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri yang dipilih secara majoriti oleh ahli-ahli MASA dalam mesyuarat agung semalam untuk terus menerajui institusi itu ke era lebih gemilang meskipun terpaksa berhadapan dengan kelembapan ekonomi sekarang.

borneopost

No comments: