JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, July 9, 2009

SEKOLAH UMNO DI PERAK


salam kemaafan, terima kasih dan salam bersua kembali kepada semua pengunjug blog ini. Beberapa hari lalu penulis berkesempatan berkunjung dan membantu sahabat2 dalam program motivasi di Sekolah Menengah Taman Panglima (STEP). Program itu melibatkan peserta antara dari tingkatan satu hingga lima.

Sesuatu yang cukup membanggakan penulis ialah guru di sekolah ini cukup risau dengan keadaan pelajar mereka yang pada pandangan penulis bukanlah berat sangat jika dibandingkan dengan beberapa sekolah di sekitar Lembah Klang yang penulis pernah terlibat.

Walauapapun itulah tanda2 seorang guru yang ikhlas mendidik anak bangsa. buat pengetahuan kita bersama, sejak krisis ekonomi negara beberapa tahun lalu khasnya 1997, kebanyakan mereka yang menjadi guru terpaksa kerana tiada peluang kerja dibidang lain. Penulis tidak menyatakan semuanya tetapi segelintir dari mereka seola2 terpaksa dan hasilnya murid2 yang menjadi mangsa.

Seperti mana diungkapkan oleh sekolah terbabit, agak kurang guru2 yang bersedia menjadi mentor kepada murid berkenaan.

Gambar Keris yang pembaca lihat di atas penulis ambiul di sekolah terbabit yang difahamkan di bina sejak 2000.

Kepada semua pengunjung blog ini, terima kasih kerana sudi berkungjung dan memberi komen di sini. Penulis tidak pasti sejauhmana penulisan disini berkesan dan menjangkau minda pengunjung, tetapi yang pasti penulis akan berusaha sdaya mungkin untuk membantu mengolah dan menghalatujukan isu untuk kepentingan rakyat di Malaysia khasnya di Sabah dan Sarawak.

masdarwahid: Anwar Ibrahim di tendang dari Umno dan Kerajaan pada 1998 dan PAS berjaya menawan Terengganu pada ketika itu selain mengekalkan Kelantan. Sekolah ini pulak dibina pada 2002 dan di bina Keris Gergasi berdekatan pintu utama sekolah ini. Mungkinkah ada perkaitan antara keduanya?

No comments: