JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, July 15, 2009

SYARIKAT MELAKA AMBIL TANAH DI SABAH


United Malacca Bhd (UMB) akan mengambil alih dua bidang tanah pajakan di Sabah daripada Borneo Glow Sdn Bhd (BGSB) bagi sejumlah RM240 juta.

Berkeluasan kira-kira 10,102 hektar, tanah itu terletak di Sungai Millian-Labau, Kinabatangan, Sabah, kata UMB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia Selasa.

Cadangan pengambilalihan itu bertujuan memperluaskan operasi perladangan syarikat serta meningkatkan lagi ekonomi yang menguntungkan dari segi kos dalam operasi perladangannya, kata UMB.

Keluasan tanah perladangan UMB pada masa ini kira-kira 14,008 hektar, termasuk 11,860 hektar kawasan bertanam yang sudah matang.

Pengambilalihan itu akan meningkatkan jumlah keluasan ladang UMB kepada 24,110 hektar.

UMB berkata pengambilalihan tanah itu merupakan pelaburan strategik yang dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan dan nilai pemegang saham pada masa akan datang.

-- BERNAMA

No comments: