JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, July 15, 2009

SURAT TERBUKA UNTUK SABAHKINI


Soalan yang pertama harus berlegar difikiran apabila melihat laman web setahun jagung yang konon wartawan dan tidak diiktiraf di Sabah dan tidak mewakili mana mana suara masyarakat Sabah adalah,

SIAPA ADMIN dan SIAPA dibelakang tabir web ini? Dan siapa membiaya WEB ini?

Sesiapa pun boleh melihat yang web ini diilhamkan dari web MalaysiaKini yang sudah beroperasi sebagai blogger jalanan dan memberi maklumat semasa tanpa ada penulisan berat sebelah samada menyokong pembangkang atau menjadi kaki ampu kerajaan.

Berbeza dengan SabahKini. Kepada mereka yang mampu menilai dan membaca setiap penulisan didalam SabahKini, setiap kali penulisan dengan nama ADMIN ia menyembunyikan penulis sebenar dan bersembunyi disebalik SABAHKINI dan Persatuan Blogger Sabah. Kemudian orang yang menulis sebagai ADMIN ini boleh melarikan diri bila bila masa dan menjadikan Persatuan ini dan Web ini sebagai boneka beliau untuk baling batu sembunyi tangan.

Sekiranya saya menjadi penilai bagi penulisan sebegini dan memaparkannya untuk tujuan TRAFIC dan HITS yang banyak agar menjana iklan yang lebih tinggi masuk ke web ini, SABAHKINI tidak boleh dikategorikan web rujukan Masyarakat Sabah dan Luar Sabah sebagai web yang mewakili orang Sabah.

Sekiranya didalam ilmu hadith, penulisan sebegini adalah seperti Hadith yang tidak diketahui sumber rujukannya dan tiada sumber yang tepat dan secara langsung ia akan dikategorikan hadith yang lemah dan maudhu atau tertolak. Status hadith yang lemah sangat rendah disisi Islam dan sebolehnya dijauhkan dan dielakkan.

Orang yang bertanggungjawab dalam penulisan yang tidak bernama ini dan melempar maklumat yang tidak diketahui asal usul sumber penulisan adalah presiden bagi web ini. Tidak lain dan tidak bukan Saudara Mutalib MD. Hairan bagaimana beliau boleh mengizinkan artikel sebegini dipaparkan.

pbs-presiden

Bagaimana sebuah web yang menggunakan nama SABAH dan menulis perihal negeri sabah boleh menulis sesuatu penulisan dan akhirnya apabila dilihat penulis yang menghantar penulisan adalah ADMIN. Siapa kah admin ini?

Adakah Admin takut dengan peruntukan undang undang dalam bidang penulisan? Sekiranya web Sabah kini benar benar berasaskan

Membongkar Kebenaran Mempertahankan Kejujuran.

Sejauh mana para penulis dan blogger didalam web ini yakin yang mereka membongkar KEBENARAN? Saya sebagai ISLAM, yang benar sudah pasti AL-Quran dan Hadith. Dan sekiranya penulisan tidak bernama menjadi kekuatan dan sandaran kepada web ini, saya mengingatkan diri saya dan juga para penulis SabahKINI yang muslim agar membaca surah Al-Qalam. Ada sumpah Allah atas penulisan. Dan setiap penulisan itu akan dituntut.

bagaimana Mempertahankan Kejujuran sedangkan ada artikel yang ditulis dengan nama ADMIN?

Jujurkah?

Pada saya, jujurlah dalam penulisan tanpa nama samaran atau pun bersembunyi disebalik persatuan dan juga ahli politik.

Saya bukan apa apa.

irwan idris.wordpress.com

No comments: