JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, July 9, 2009

Wanita muda dirogol lelaki tua


Seorang warga emas berusia 52 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol seorang wanita berusia 22 tahun di kawasan semak berhampiran Marina Bay Isnin lalu.

Lelaki tersebut ditahan sepasukan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri kira-kira jam 10 malam di rumahnya di Kampung Lusut, selepas menerima laporan daripada mangsa.

Sumber polis memberitahu, semasa kejadian sekitar jam 10 pagi Isnin lalu, mangsa berjalan kaki pulang ke rumahnya di Riam selepas selesai membeli sayur-sayuran di Morsjaya.

Dalam perjalanan, tiba-tiba mangsa dihubungi seorang lelaki yang tidak dikenali bertanyakan lokasi mangsa pada masa itu. Sebaik sahaja tiba di simpang Morsjaya, wanita itu ditahan oleh seorang lelaki yang memandusebuah kereta jenis Toyota.

Lelaki itu memperkenalkan diri diri sebagai rakan baik kepada abang mangsa dan memberitahu niatnya untuk menghantar mangsa ke rumah.

Belum sempat menjawab, lelaki berkenaan terus menarik mangsa ke dalam kereta dan membawanya ke Marina Bay sebelum merogolnya.

Mangsa kemudian dihantar balik ke rumahnya di Riam.

Wanita itu kemudian memberitahu abangnya mengenai lelaki yang memperkenalkan diri sebagai rakan, namun abangnya menafikan bahawa dia tidak mengenali lelaki berkenaan.

Mereka kemudian membuat laporan di Balai Polis Miri.

Pemeriksaan di Hospital Miri pada jam 8 malam kelmarin mengesahkan mangsa dirogol. Berdasarkan nombor panggilan lelaki yang terdapat pada telefon mangsa, polis berjaya mengesan lelaki itu sebelum menahannya sekitar jam 10 malam.

Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

No comments: