Katanya sebagai seorang isteri, sudah tentu beliau menyokong perkhidmatan Najib sebagai Perdana Menteri kepada rakyat dan negara.
“Tapi apa yang mustahak, rakyatlah yang patut memberi pendapat mereka dan bukannya saya, nanti berat sebelah,” kata Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) pada sidang akhbar sempena pertandingan badminton anjuran Bakti di Bukit Kiara International Equestrian and Country Club di sini kelmarin
Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh pemberita mengenai perasaannya tentang genap 100 hari Najib menjadi Perdana Menteri Sabtu ini.
Rosmah berharap rakyat dapat menilai dan menerima dengan baik cara Najib menguruskan negara dan juga masalah-masalah yang dihadapi sekarang.
Pertandingan badminton itu disertai 100 pemain termasuk Rosmah. Mereka mewakili empat pasukan iaitu Bakti, Persatuan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kera-jaan Negeri Sembilan (Pekerti), Badan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Melaka (Bistari) dan Badan Amal Isteri-Isteri Anggota Dewan Undangan Negeri Perak (Bai-duri).
“Ramai muka baru yang menyertai aktiviti ini yang mampu mengeratkan hubungan persaudaraan. Juga terdapat pelbagai bangsa yang menyertai pertandingan ini selaras dengan konsep 1Malaysia,” kata Rosmah.
sabahtimes
No comments:
Post a Comment