JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, July 13, 2009

11 Hadiah atau 11 Muslihat ?


1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.

3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.

4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.

5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.

6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.

7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.

8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.

9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.

10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.

11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. - 11 ‘hadiah rakyat’
Hanief:-
  1. Diskaun 20% Touch n' Go (mulai 1 Sept.) pada pengguna tol tegar hanyalah satu pakej merangsang pendapatan syarikat tol dan lebuhraya. Kesannya makin ramai akan beriman dengan tol. Ia sepatutnya dihapuskan. Jika kerajaan ikhlas, tol yang dilalui para pelajar, orang bekerja, orang miskin dan orang kaya ini patut dilenyapkan. Cara mencukai melalui tol tidak adil. Jika mahu cukai, pergi cukai peniaga kaya. Bukankah 1 September itu tarikh kenaikan harga petrol dan diesel? Juga waktu itu akan diperkenalkan RON95 secara 1Malaysia?

  2. Orang miskin patut dapat rumah percuma. Mengapa perlu mendesak mereka menyewa? Ikut kata Pak Lah, kadar kemiskinan paling kecil lokasinya di Malaysia. Jadi apa masalah untuk beri rumah percuma pada puak yang segelintir ini? Lihat mahligai Khir Toyo yang berharga puluhan juta. Pada saya kerajaan dilihat seperti mahu berniaga rumah pula dengan orang miskin.

  3. Potongan 50% harga lesen kepada peniaga kecil bersifat jangka pendek. Kilang produk bagi menjana jualan peniaga itu yang patut difikirkan. Tak guna kalau hari ini ada potongan harga esok-lusa sekiranya harga minyak naik, maka keadaan akan kembali sama. Penghasilan produk tempatan akan menjamin ekonomi rakyat tempatan itu sendiri.

  4. Tambahan apa-apa dana ini perlu dipantau rapi. Jika tidak ia melencong ke tangan orang-orang seperti Khir Toyo. Ingat sama itu duit rakyat.

  5. Kerajaan kena celik dalam mengenalpasti punca masalah kesesakan jalanraya. Tak guna kalau teksi ditambah jika jalanraya sekarang sesak. Selesaikan masalah kesesakan jalanraya terlebih dahulu. Harus diajar kepala otak para menteri, bahawa bukan teksi sahaja punca pendapatan warga Malaysia. Bagaimana dengan sistem pengangkutan lain? Takkan tiada peluang cari makan yang mampu ditawarkan?

  6. Hapuskan rasuah dahulu jika mahu tangani jenayah. Tak guna cipta slogan, cipta montaj di TV dan nyanyi lagu tema dan sebagainya. Buang kelapa polis yang rasuah dan gantikan dengan yang bersih. Kita tak mahu polis yang kena beli dengan penjenayah dan hakim yang dibeli oleh taukeh judi.

  7. Ini pun sebab rasuah dan sedikit perkauman. Dilaporkan hal ini berlaku disebabkan ada tangan-tangan ghaib yang menyuap pihak tertentu bagi mengambil warga asing menjadi warganegara. Kaum pribumi yang bukan Islam di Sabah dan Sarawak dengar katanya juga dipinggir. Layanan manis pula diberi pada warga Filipina beragama Islam. Apakah ini berlaku tanpa aktiviti rasuah? Apakah ini yang dianjurkan Islam?

  8. Rujuk nombor 7.

  9. Kelangsungan hal ini nyata sekali akibat para pemimpin Sabah dan Sarawak (dari BN) makan duit rakyat di situ. Kediaman mereka berstatus mahligai mirip mahligai Khir Toyo. Suruh bikin pembangunan rakyat, tetapi tidak terlaksana. Lain di suruh, lain pula yang dibuat. Buat malu saja, bayangkan di zaman iPhone ini masih ada lagi kawasan yang tiada air dan elektrik. Kalau nak internet lagilah tak ada.

  10. Saham mana pun akan jatuh. Wujudkan kawasan untuk bercucuk-tanam dan menternak bagi semua anak muda yang berminat untuk kembali pada dunia kampung. Sediakan kawasan dan banci anak-anak muda yang berminat untuk memajukan kampung dengan aktiviti tersebut. Ingatlah! Orang Melayu takkan ke bandar jika tok nenek mereka tak punya wang hasil dari pertanian dan penternakan dahulunya. Sila kaji sejarah!
oleh : hanief

No comments: