JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, July 2, 2009

MAHATHIR JADI SIAK DI MASJID PUTRAJAYA ?

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dinasihatkan agar tidak campur tangan dalam pemerintahan negara ekoran semua pelusuk dunia telah dijejakinya sebelum ini

"Lebih baik beliau menumpukan kepada ibadat sebagai bekalan akhirat seperti menjadi siak di Masjid Putrajaya," cadang Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad


Idris berkata demikian dalam ucapannya di Ampangan, dekat sini baru-baru ini.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan-kenyataan Mahathir yang terus-terusan mempertikaikan langkah perdana menteri selepas beliau.

Yang terakhir, Mahathir dikatakan cuba menyekat Datuk Seri Najib melantik 'budaknya' dalam Lembaga Pengarah Petronas.

Beliau juga menolak alasan ayang diberikan oleh Mahathir yang mengatakan tidak perlu berdebat secara terbuka kerana itu hanya akan menjadi suka-suka dan sekadar hiburan sahaja


“Apakah mereka melihat bagaimana percambahan fikiran yang dikemukakan oleh dua tokoh kepimpinan negara di pentas terbuka untuk menggerakkan semangat rakyat dan anggota masyarakat ke arah lebih maju dan memberangsangkan sebagai suka-suka dan hiburan?” soalnya lagi. -siasahdaily-

No comments: