JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, July 9, 2009

RAKYAT MISKIN DIBELAKANG RUMAH ADUN

TIADA siapa menyangka bahawa setelah dua penggal menjadi Wakil Rakyat Lahad Datu dan kini menjawat jawatan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur tidak menyedari terdapat sebuah keluarga miskin tegar kaum Tiong Hua betul-betul berada di belakang rumahnya, di kampung Muhibbah, Lahad Datu, Sabah.

Puan Liew Kon Lan, 63, tinggal di sebuah gubuk buruk yang langsung tidak mempunyai sebarang kemudahan asas bersama dua anak lelakinya, Pang Tain Paw, 44, dan Pang Tiew Loi, 41, menantu dan cucunya.

Krew yang bergegas ke lokasi setelah membaca blog Ahli Parlimen Silam, begitu terkejut apabila mendapati rumah penduduk miskin tegar berkenaan hanya dipisahkan oleh sebatang parit monson yang jaraknya hanya 100 meter daripada rumah Nasrun yang juga Ketua UMNO Bahagian Silam.

"Saya tidak tahu sama siapa mahu mengadu kerana saya tidak boleh jalan jauh," ujar Liew yang hanya mampu mengengsot atau membongkok dipapah menantunya yang bisu

sabahkini

1 comment:

1silam said...

Dalam hal ini, seringkali orang mempersalahkan media kerana mendedahkan perkara sumbang yang telah berjaya disorok sekian lama. Persoalannya apakah jika tidak ditegur, mereka akan membantu terutama kaum Tiong Hua yang selama ini dianggap kaya? Tahniah YB Salleh kerana berani membongkar kebenaran yang tersirna. Saya percaya YB bukan mencari salah atau memecah tembelang YB Datu Nasrun tetapi membantu keluarga malang akibat sistem kerajaan yang kurang telus yang secara kebetulan di belakang rumah Datu Nasrun. Sewajarnya YB Datu Nasrun dan YB Salleh bekerjasama membasmi miskin tegar tidak kira walau di mana mereka berada. Selamat maju jaya kepada kedua YB.